Sunday, May 17, 2009

aku dh dapat keje...

Alhamdulillah dengan rezeki daripada Nya aku dipanggil kerja isnin nie..walaupun dekat sebuah firm yang agak kecil tapi aku bersyukur sesangat kerana ekonomi sekarang nie tidak memberi peluang untuk aku demand..mana ada aku sapu dulu...terima buat suma yang berdoa dan membantu aku mendapatkan kerja.walaupun aku just dapat rest xsampai 2hari dah kna kerja tapi xpe kerana aku banyak tanggungan dan sudah sampai masanya untuk aku masuk dunia realiti...seram beb...so doakan aku semoga aku dapat lalui dengan cemerlang.aku risau sebab first time aku kerja nie..semoga semuanya ok..

Friday, May 1, 2009

aku jiwang rupanya...aishhh

Hari nie aku tengok satu cerita bersiri..tajuknya kalau tak silap aku aku cinta padamu ( aku tak sengaja tengok sebab control astro aku problem jadi malas nk tukar2 chanel) bila tengok2 ada satu part yang aku rasa peh...tanpa disengajakan aku punya perasaan tersentuh, ditambah pula dengan lontong yang aku sedang melantak.lagi membuat keadaan syahdu (aku xtau kaitan lontong dan cerita tue,yang pasti aku rasa sedap..hehe)

Ah berbalik kepada cerita tue, dia nie dah kematian teman lelaki dia, sebab apa aku pun tak tau. tapi teman lelaki dia nie ada wasiatkan beberapa surat kepada member awek dia suruh bagi kat awek dia nie pada tarikh yang tertentu..sebagai contoh time besday awek dia, awek dia stil dapat surat wish dari dia even dia dah xde kat dunia nie lagi ( time nie aku tgh tmbah kuah lagi..huhu).awek dia sedih r, kira teringat dia dah takde lagi. tapi moral of the story teman lelaki dia nie just nak tunaikan janji yang dia akan sentiasa ada disisi awek dia walaupun secara jasadnya sudah tiada..ah touching kan???..kepada honeymoon, saya pun tetap sama, saya akan sentiasa berada di samping awak,just ingat saya dan rasa saya ada disisi awak....